Regangan Pemanasan badan

Regangan adalah sebahagian daripada beberapa rutin memanaskan badan, walaupun kajian pada tahun 2013 menunjukkan bahawa ia boleh melemahkan otot dalam situasi itu.[1] Terdapat 3 jenis regangan: balistik, dinamik dan statik:

  • Regangan balistik melibatkan lantunan atau sentakan. Ia dikatakan membantu memanjangkan anggota badan semasa bersenam, menggalakkan ketangkasan dan fleksibiliti.
  • Regangan statik melibatkan melenturkan otot. Ini boleh membantu mencegah kecederaan dan membenarkan lebih fleksibiliti dan ketangkasan. Ambil perhatian bahawa regangan statik yang terlalu lama boleh melemahkan otot.[1][2]
  • Regangan dinamik melibatkan pergerakan bahagian badan mengikut cara yang diingini sehingga mencapai julat penuh gerakan untuk meningkatkan prestasi.[3]